Sunday, July 12, 2009

5 JENIS SOLAT

Sudah lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah s.w.t masih samar-samar dalam kehidupan kita.

Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: “Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun : 1,2)

Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak remaja dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat.

Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.


Jenis Pertama

Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.


Jenis Kedua

Orang yang melakukan solat secara zahir sahaja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain. Jadi, golongan ini sekejap bersolat dan sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika sahaja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.


Jenis Ketiga

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah doa Iftitah dan tahiyatnya tetapi tidak dihayati dalam solat itu. Fikirannya melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.



Jenis Keempat

Golongan ini baik sedikit daripada golngan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya. Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.

Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.


Jenis Kelima

Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi solatnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah s.w.t dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.

Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh muhasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan. Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah s.w.t.

Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, menjauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), melahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.


Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

Thursday, April 9, 2009

Stratergist hebat





Assalamualaikum,

Hari ini sedikit perkongsian saya tentang strategi dan kebijakan Abdul Rahman Bin Auf dalam perniagaan , mungkin muhasabah dan panduan kita dalam muamalat dan bisnes insyaallah. Semoga bermanfaat! (saya sari dari pelbagai sumber di internet )

Sedikit strategi perniagaan sejarah Islam…

Pada satu ketika dahulu, sahabat Rasulullah, Abdul Rahman Bin Auf adalah usahawan termasyur. Antara perniagaannya adalah menjual unta. Beliau mempunyai satu strategi sehingga mendominasikan pasaran unta, dimana pada sebelum itu pasaran dimiliki oleh usahawan-usahawan Yahudi.

Strateginya? unta-unta beliau dijual pada harga cost price (harga kos)- tiada untung! Semua yang ingin membeli unta akan pergi ke Abdul Rahman b Auf.

Tiada untung dalam menjual unta? Habis tu, macam mana nak berniaga?

Apabila ditanya, jawabnya..

Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”. Di situlah datangnya keuntungan. Diceritakan bahawa tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam-macam warna.

------

Sahabat Rasulullah, Abdul Rahman B Auf adalah seorang saudagar termasyur yang dijanjikan syurga.

Abdul Rahman B Auf pernah ditanya: Apakah strategy perniagaannya sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu?

Jawabnya:

1. Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit…

2. Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta…

3. Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran…

Apa yang dimaksudkan mengikut pendapat saya:

1. Jangan menolak rezeki walaupun sedikit pun. Adakalanya kita terpaksa menurunkan keuntungan perniagaan kita untuk sesetengah target market. Dengan itu, keuntungan masih kita dapat… rezeki masih berpihak kepada kita walaupun sedikit.

2. Percepatkan segala urusan jual beli. Percepatkan segala layanan pelanggan. Terbukti dari zaman dulu sehingga zaman kini, kelajuan dan kepantasan menangani perniagaan akan memberi pulangan yang tinggi.

3. Cash transaction only


Mengapa Pasar Ansar kepunyaan Rasulullah s.a.w.di Madinah mencipta sejarah menang besar dalam persaingan perniagaan dengan kapitalis atau orang bukan Islam Madinah? Rahsianya ialah setiap malam yang sepi waktu dinihari, para pelaksana diketuai oleh Saidina Abdur Rahman bin 'Auf r.a. memanggil Allah dan Rasul untuk menyokong dan memberi kerjasama dalam perniagaan mereka.

Mereka sembahyang hajat, berdoa, taubat, zikir wirid, baca Quran, selawat dan lain-lain demi mendapatkan Tuhan sebagai penolong dan pemimpin. Maka jatuhlah ke hati mereka mukjizat Rasulullah s.a.w. mengajarkan bagaimana perniagaan menurut Tuhan atau cara berniaga yang disuruh Tuhan. Iaitu dengan menawan hati orang. Para penyokong dari alam ghaib berdatangan selepas mendapat 'call' dari orang lahir.

Hati penduduk Madinah ditawan. Datang ke Pasar Ansar orang dapat Tuhan, dapat pemimpin, dapat ibu ayah, dapat kasih sayang, dapat kebahagiaan. Rindu untuk duduk bersama Rasul dan para sahabat membuatkan orang Madinah akhirnya berpusu-pusu membeli di Pasar Ansar. Mahal pun tak apa demi cinta. Lalu sunyilah gelanggang perniagaan kapitalis bukan Islam hingga membawa mereka gulung tilam bantal meninggalkan Madinah.

Hebat!

-----

Jika ada yang bertanya tentang rahsia perniagaannya, Abdul Rahman bin Auf menjawab “aku tidak menjual barang-barang cacat, aku merasa cukup dengan untung yg sedikit kerana aku tahu Allah memberkati..”

Beliau pernah menjual seribu ekor unta dalam masa sehari sahaja. Beliau menjualnya dengan harga yang murah, beliau hanya mengambil untung atas tali yang mengikat unta sahaja. Setiap utas tali itu, beliau mendapat untung satu Dirham. Dengan itu, beliau berjaya memperolehi keuntungan seribu darham dalam satu hari. Inilah kenyataan yang pernah disabdakan oleh rasulullah s.a.w:

"Hendaklah kamu berniaga, sesungguhnya perniagaan itu menjana 9/10 daripada rezeki".

(Riwayat Ahmad)


Sumber dari : masfahri.blogspot.com

Tuesday, March 17, 2009

3.45 am

Kadang-kadang terang kadang-kadang blur. Terpulang yang mana terbaik bagiku. Tido la..dah kol 3 pagi nih

Puisi Sufi


ILMU DAN MAKRIFAT
Wahai yang tidak aku kenali
ku panjat gunung yang tinggi
sangkaku Engkau berada di puncaknya
namun tidak ku temui Engkau di sana.

Lalu aku terjun dari puncak gunung
jika Engkau ada pasti Engkau tidak membiarkan daku.

Tangan Kudrat Iradat-Mu menyambar ku
aku terbang dengan sayap Rahmani-Mu
mengembara ke seluruh alam maya
namun tidak ku temui Engkau di dalam alam.

Hatiku mengatakan Engkau ada
lalu aku keluar daripada alam
dan aku terjun ke dalam hatiku.

Di sana aku temui kebodohanku
bodohnya aku menyangka akulah Aku
sedangkan Dia jualah Aku
dan aku tiada beserta Dia.

Bila aku tiada beserta Dia
tinggallah Dia sendirian
rindulah Dia kepada diriku
lalu Dia terjun ke dalam hatinya
di sana Dia berjumpa Aku
Aku menyambutnya dengan tersenyum.

Aku dan Dia
Dia dan Aku
bukan dua dan bukan Satu
satu masih berbentuk
masih berjarak titik atas dengan bawah
sedangkan Aku dan Dia
tiada antara
bukan juga titik yang halus
titik yang halus masih menempati ruang
sedangkan Aku dan Dia
tiada rupa tiada bentuk tiada ruang tiada zaman.

Aku adalah Dia
Dia adalah Aku
tiada beza antara Aku dan Dia
bila aku cuba mengenali Dia
aku tidak kenal lagi diriku
aku tidak kenal lagi diri Dia
bila dia cuba mengenali diriku
dia tidak kenal lagi dirinya
dia tidak kenal lagi diriku.

Tiada lagi kenyataan
tiada juga keghaiban.

Pengenalan sebenar adalah tidak kenal
pengetahuan sebenar adalah tidak tahu.

Aku adalah rahsia Dia
Dia adalah rahsia Aku
usah diganggu rahsia ini.


Credits to : Alhakiki.tripod.com

Tuesday, March 3, 2009

Wahai diriku..

"Manusia sering lupa, ibarat pasir pantai yang berubah setiap kali dihempas ombak ke atasnya"

Kita sering terlupa akan jasa orang-orang yang memberi kebaikan pada diri kita yang serba serbi kekurangan dan tiada berdaya dalam apa jua perkara. Kita pantas terleka dengan keasyikan kuasa nama dan harta yang bersifat sementara dan menjurus kepada kehancuran dan perpecahan.

Betapa beruntung diri kita yang bertemu dengan orang-orang pilihan Tuhan untuk membimbing jiwa kosong lara kita ke arah mengenali dan kembali kepada jalanNya. Berjuta manusia di bumi bertuah ini yang kehilangan hala tuju tanpa kompas hidup untuk mengetahui ke mana harus dituju apatah lagi memahami hakikat kehidupan ini.

Tetapi kita telah diberi peluang untuk bertemu dengan orang-orang pilihan ini demi kasihNya pada kita, dibukakan pintu-pintu hati kita yang tertutup rapat oleh kegelapan dosa-dosa kita yang lebih banyak daripada buih di lautan itu dan diberi ilham untuk memahami tentang hakikat hidup ini..terlihat kasih sayangNya dilalukan melalui orang-orang pilihanNya ini lalu sampai kepada kita, amatlah besar budi orang-orang pilihan ini pada diri kita yang serba-serbi tiada berdaya lagi jahil ini.

Lalu, apa patut kita membelakangi orang-orang ini dan juga keluarga mereka yang telah banyak berkorban demi membantu kita apabila saat dugaan datang melanda mereka ?

Tepuk dada, tanya selera.

-------

Wahai diriku..dan kamu,

Apalah kiranya jika kita mengenang setiap jasa orang-orang ini yang telah menghulurkan tangan di dalam membantu kita untuk menemui jalan kembali padaNya..

Apalah kiranya jika kita menghormati dan melindungi keluarga orang-orang ini daripada sebarang bahaya dan kesusahan demi lambang terima kasih yang tulus pada mereka..

Apalah juga kiranya jika kita terus mentaati dan melindungi pengganti orang-orang pilihan ini setelah mereka kembali ke pangkuan Tuhan mereka..tanda kasih kita pada mereka yang tiada tolok bandingnya..

Apalah kiranya..jika kita menundukkan sedikit ego di jiwa demi kebaikan semua..demi kepentingan semua..apalah kiranya...

-------

Kesedaran tentang kerapuhan iman di jiwa itu ialah suatu anugerah yang berharga oleh Yang Maha Esa kepada kita dalam merubah keadaan diri kita yang sentiasa salah dan berdosa dalam menjalani hidup ini. Malang dan buruk sekali keadaan kita andainya tidak ada rasa kekurangan dan kesalahan pada diri sendiri lantas mendabik dada merasa diri melampaui segala..

Apalah kiranya..jika kita mengenang jasa dan menghormati mereka dan keluarga mereka yang pernah membantu kita, walau sebesar zarah yang tidak kelihatan oleh pandangan mata..apalah kiranya..jika budi itu disemat ke dalam hati dan menyedari kesilapan diri sendiri..

------

Wahai tuhan, mohon ampun atas dosa-dosa kami selama ini dan selepasnya. Kami memohon petunjuk dan pemeliharaanMu ke atas diri kami, Guru-guru kami, keluarga dan sahabat-sahabat kami dan seluruh umat Islam di muka bumiMu ini..

Wahai Tuhan, selamatkanlah kami dari segala fitnah, kebatilan dan kesesatan di dunia dan juga di akhirat..

Amin Ya Rabbal Alamin..

Friday, January 9, 2009

Kisah seorang raja

-----

Di sebuah negeri yang aman sentosa bertakhta seorang raja yang memerintah dengan adil. Satu hari sang raja keluar memburu bersama pembesar dan pengawal-pengawalnya. Sang raja ini terkenal dengan kemahiran memburu, boleh dikatakan hampir setiap kali keluar memburu akan ada hasil yang dibawa pulang. Tetapi kali ini tiada satu hasil yang berjaya dibawa pulang. Maka sang raja mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke istana.

Dalam perjalanan pulang, beliau terjumpa dengan seorang tua, orang tua tersebut memberi tahu bahawa di istana nanti beliau akan ditimpa dengan satu musibah.

Orang tua tadi berpesan pada raja, semasa menghadapi musibah tersebut, baginda akan melihat 3 helai daun yang bertangkup. Pesan dia pada raja, 'buka daun-daun tersebut sebelum membuat keputusan'

Si raja pulanglah ke istana. Sesampainya di perkarangan istana, pengawal-pengawal telah memberitahu raja bahawa permaisuri telah berlaku curang dengan pengawalnya. Terkejutlah sang raja dengan kejutan berita yang merupakan musibah pada dirinya.

Lalu baginda masuk ke dalam istana, sepanjang jalan menuju ke kamar baginda, kesemua orang yang ditemui memberikan berita yang sama. Sang raja bertambah gundah dan bimbang. Beliau terus ke kamarnya. Sesudah membuka pintu kamar alangkah terperanjatnya beliau bila melihat isterinya sedang tidur di atas katilnya bersama seorang lelaki. Dan lelaki tersebut adalah salah seorang daripada pengawalnya.

Gundah dan marahlah hati si raja dengan perasaan yang bercampur baur. Dengan pantas tangannya mencapai pedang untuk membunuh kedua-duanya. Tetapi matanya terpandang akan 3 helai daun yang tertangkup di atas katil, teringatlah beliau akan pesanan org tua tadi. Disimpan kembali pedangnya perlahan lahan dan dibuka daun yang pertama dan terbacalah si raja akan isinya yang tertulis :

"LIHAT SEKALI JANGAN PERCAYA"

Lalu berfikir lah sang raja akan kata-kata tersebut, lalu beliau membuka daun yang kedua. Dibukanya dan terbacalah tulisan yang tertulis :

"DENGAR SEKALI JANGAN PERCAYA".

Bertambah teruja si raja dengan penemuan-penemuan ini, lalu beliau membuka daun yang ketiga dan tertulis di atas daun itu :

" GUNAKANLAH AKAL, DAN BUATLAH KEPUTUSAN YANG SEWAJARNYA"

Mengertilah sang raja akan mesej yang hendak disampaikan kepada beliau. Lalu dikejutkan isterinya dan pengawal yang sedang tidur itu. Dan diminta penjelasan tentang situasi yang sedang berlaku ini.

-----

Maka berceritalah si isteri dan pengawal pada sang raja dengan kebimbangan dan kekeliruan.

Rupa-rupanya, si isteri menyangka yang tertidur di atas katilnya adalah suaminya, lalu dia terus tidur di sebelahnya dengan keyakinan yang sedang tidur itu adalah sang raja, suaminya.

Cerita si pengawal pula, semasa dia sedang bertugas, matanya terasa terlampau mengantuk sehingga dia tertidur di atas katil raja tanpa disedari bahawa si permaisuri masuk dan tidur di sebelahnya.

Setelah si raja mendengar penjelasan dari kedua duanya, barulah beliau memahami keadaan itu, dan redalah api kemarahan beliau.

Maka disimpulkan keputusan bahawa apa yang beliau lihat dan dengar tidaklah semestinya benar, hanya dengan menggunakan akal yang waras dan dengan menyiasat sepenuhnya barulah ditemukan kebenaran di sebaliknya. Maka terselamatlah si isteri dan pengawal daripada menjadi mangsa keadaan dan fitnah.

-----

Pengajaran yang boleh kita dapati dari cerita ini :

1. Jgn mudah percaya pada pandangan mata tanpa bertanya, kerana pandangan mata boleh menipu.

2. Jgn cepat percaya pada kata-kata atau tuduhan yg dilemparkan, kerana tiada bukti yang kukuh dan nyata.

3. Berfikirlah dengan akal yang waras dan buatlah keputusan yang sewajarnya demi mendapatkan kebenaran dan keadilan.

Sekian

-----

Wednesday, January 7, 2009

Luahan tengah hari buta

Tinggalkan sebutan nama
dan gelaran kuasa
jika dipupuk bimbang bisa menjadi dusta
membinasa hancur hati manusia

-----


Bina teguh Iman di jiwa
nescaya membawa ke jalan bahagia
bila kuasa, harta dan nama
bukan menjadi tujuan manusia

-----

Apakan daya manusia
hanya sesusuk tubuh kerdil di sisiNya
tiada berkuasa dan berupaya
untuk melakukan segala suruhanNya

-----


Bergerak hamba kerana gerak yang nyata

namun tersembunyi disebalik hijab dosa

Memahami pengertian hakikat perbuatanNya

menjalani segala hikmah takdirNya


-----


Andaikan tiada limpahan kasihNya

tidakkan berjumpa jalan yang satu

Andaikan tiada EhsanNya

Tidakkan ketemu Nur KekasihNya


-----


Tersesat hamba di jalan yang terang

terperdya oleh dunia dan kuncu-kuncunya

Semoga jiwa tidak kosong dariNya

Memberi semangat meredhai ketentuan hakNya.